Laporkan Jika Ada Link Mati!

Setulus Kasih Maisara

Setelah tamat tingkatan 5, Shahrul mendapat peluang untuk belajar di luar negara, manakala Maisara memilih untuk belajar di Universiti Tempatan. Bukan mudah untuk hubungan jarak jauh berkekalan. Pada awalnya mereka selalu berhubung melalu email, telefon dan YM. Namun lama kelamaan hubungan mereka semakin renggang, semakin jauh. Mungkin kerana kesibukkan sebagai seorang pelajar, dan juga kerana nafsu, apabila Shahrul mula digoda oleh seorang wanita cantik bernama Nadia.

Nadia dan Maisara begitu jauh bezanya jika nak dibandingkan. Maisara gadis yang simple. Tak pandai bersolek dan tak reti bergaya. Dia gadis yang sungguh naif. Jauh sekali berbeza dengan Nadia yang suka bergaya dan pandai mengoda. Sehingga Shahrul sendiri tewas dengan godaannya.


Setelah Nadia hadir dalam hidup Shahrul, semakin hari dia semakin melupakan Maisara. Email dari Maisara langsung tak dibalasnya. Namun satu hari Shahrul ada menghantar email kepada Maisara. Di dalam email tu, dia meminta Maisara untuk melupakannya. Dia menceritakan segalanya tentang perhubungan dia dan Nadia yang telah banyak kali terlanjur. Dan dia sanggup menambahkan kelukaan hati Maisara dengan menghantar gambar berdua-duaan bersama Nadia.

Shahrul menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tak sangka yang dia sanggup melukakan hati Maisara sehingga ke tahap itu. “Kejamnyer aku”, Shahrul menyesal dengan apa yang telah dilakukannya kepada Maisara. Namun pada hakikatnya sesalan itu telah terlambat

“Mai, mari duk sini teman Mama”, Puan Mona mengajak anak gadisnya. Maisara mengikut sahaja dan duduk disebelah mamanya. “Dah lama kita tak sembang kan. Mai asyik kat kedai bunga je, kalau kat rumah pun suka je duk terperap dalam bilik”, Puan Mona buat-buat merajuk. “Dah tak sayang mama yer.”

“Ala Mama ni, jangan la cakap camtu. Mai sayang mama tau. Sayang sangat”, Maisara memeluk mamanya.

“Kalau betul sayang mama, meh sembang ngan mama. Pasti ada banyak cerita yang Mai ada untuk kongsikan dengan mama kan”, Puan Mona mula tersenyum.

“Mana ada cerita mama, tak ada pun yang best nak diceritakan”, Maisara lebih suka berahsia.

“Mai, mama tengok muka Mai pucat je ni. Mai tak sihat ke?” , Puan Mona mula risau. “Esok kita gi klinik yer.”

“Tak perlulah nak pergi klinik mama. Mai tak sakit la mama”, Maisara sekadar tersenyum melihat kerisauan di wajah ibunya.

“Kalau tak sakit, kenapa mama tengok muka Mai pucat je tu?” Puan Mona menyoal.

“Mai tak cukup tidur je mama, asyik diganggu dengan mimpi”, Maisara terlepas cakap.

“Mimpi apa?’, terkejut Puan Mona buat seketika.

“Eh tak adalah mama, Mai gurau je”, Maisara cuba menutup keterlanjuran kata-katanya tadi.

“Mai, lebih baik Mai berterus terang dengan mama. Mai mimpi apa?”, Puan Mona inginkan kepastian.

Download


Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Berbagi buku gratis | Dilarang mengkomersilkan | Hanya untuk pelestarian buku
Copyright © 2016. Perpustakaan Digital - All Rights Reserved
Published by Mata Malaikat Cyber Book
Proudly powered by Blogger